Setengah tahun aku buntu.. tak tahu nak tulis apa. berkarat juga blog ni.. mana janji nak update hari2.. haiih.. ok im back, ..! note.! actuly aku nak cerita apa kene mengena tajuk di atas dengan karangan di bawah.
Ok aku minat muzik, apa saja jenis muzik, u name it..! dari lagu makyong, 60 an, hingga ke metal hardcore, termasuk lagu setan.. semua dah masuk dalam telinga aku.. mybe nampak berlagak tapi for sure aku dah dengar. hahhaa apa ada hal aku punya suka nak tulis apa.. yup dan aku juga permain alat muzik, guitar dan bass..
Ok apa kene mengena aku tulis ni dengan tajuk kat atas, macam ni. sejarah aku bermula bermain alat muzik adalah dari form 3, atas alasan apa? yes aku bercita2 bermain secara bergrop dan dan minat aku melepak di dalam jamming, cikgu gitar aku adalah seorang JB riot aka skinhead (actuly dia yang buli aku kat sekolah dulu) tapi disebabkan hanya dia je power getel guitar aku dengan tanpa berpikir panjang aku berguru denganya.. Yes sudah tentu yuran dikenakan iaitu sekotak dunhill 14 (huhhuhuhu) beliau mengajar aku sehingga aku bole lah main camtu lah..
Ok bermula di situ, aku melepak bersama loqman aka loq, anak cikgu maria.. yess disebabkan rumah beliau mempunyai bilik bujang dan radio keset maka disitu lah budaya lepak aku menular ... wakakaka beliau seorang yang awesome.. kerana beliau seorang pembeli keset tegar di bustan dan pendengar lagu-lagu indie.. . then disitu aku menjemput amen anak war sarmen (nak kawen dah beliau) join bersama di rumah loq.. selalu kitaorang main guitar sambil si amen ni ketuk tin biskut.. hahaha so timbulah cadangan si loq ni nak try main kat jaming.. yesss aku pun setuju tapi bila nak pergi..?
Ok pada hari sabtu time tu aku form 4 yup studio jamming summit menjadi pilihan.. tarikh bila aku tak inggat.. tapi time tu TERTUBUHLAH sebuah band bernama PENSIL 2B. aku sebagai bassman, loqman guitar and singer, dan amen sebagai drummer.. darimana datangnya idea nama band aku akan ceritakan kemudian..
Haaa nampak tak hubungkain disitu..
ok bro
ni nama dia BASS
No comments:
Post a Comment