Wednesday 1 August 2012

CINTA... CINTAN.. MI CINTAN.. omg! (PART 2)

Salam bro...
Mr Kekurakukaku said..

Haaa teruja kan korang bila baca tajuk kat atas... hahah gua tau lu orang semua tertunggu sambungan kisah cintan gua semasa gua jadi pengawas kat sekolah dulu... ok sila hanguk kepala korang tiga kali... bagi yang tak baca lagi bole aa klik kat sini... part one
hahaha..

So ia pun bermulaa....
Apabila muka gua yang hensem ni (cam Aron Aziz) dilihat oleh cikgu disiplin gua.. gua tahu peluang gua untuk dibuang jadi pengawas adalah cerah dan secerah langit yang membiru.. dan tambah syahdu lagi time kantoi tu hujan renyai2..
haha serioss weiii.. wa tak tipu..

Haram.. pas kantoi tu dia (awek gua aa )terus senyap dan blaa camtu jer..
Dia pun risau dengan reputasi dia di sekolah kot...
Bila dia bla gua pun blaa aa balik umah... sampai rumah jer gua terus membuta sebab malas nak pikir kerana wa tahu apa keputusan esok..  Owh yer sebelum gua tido semalam Dia ada call gua dan dia kata dia minta maaf bebanyak dan dia sangup jelaskan secara personal  kat guru dispilin tersebut untuk mengelakan gua kene pecat.. (how sweeet) hahaha
Tapi gua kata takpe gua handle sendiri... (Time tu gua rasa gentle aaa)...

Besok Pagi...
Pagi2 lagi gua dah sampai sekolah.. dengan langkah yang lesu gua duduk kat kerusi gua aaa... Time tu debar gua toksah cakap aaa... Dalam kol 9..30 (time tu matapelajaran Matematik nak bermula) gua dipanggil mengadap bord of guru displin di bilik guru displin.. tuhan jer tahu bertapa gerunnya gua.. sebab biasa yang masuk bilik tu jenis kesalahan berat..

Selepas beri salam gua bertentangan mata dengan guru disiplin .. mata bertemu mata.. (tak nagis k hahah) gua diminta menjelaskan keadaaan semalam... Tapi gua nak jelaskan hape?.. dah sah2 gua salah takan nak mengelak bagai.. so gua pun dengan gentlenya gaku secara lisan yagn gua bersalah.. huhuhu dan gua tak minta dibicarakan lansung..

Dan... selepas gua gaku gua diberi pilihan.. dan pilihanya adalah berikut

a) Gua dipecat berserta surat pemecatan dan amaran
b) Gua dengan rela hati letak jawatan tanpa sebarang notis 24 jam..

So gua tanpa berfikir panjang gua ambil pilihan ke dua.. gila ko nak ambil pilihan pertama.. sah2 malu gila guaaa...dan serentak itu tali leher gua diambil berserta kad pengawas gua.. (ala macam acara turun pangkat aaa).. dan gua pun bla pastu..
dan bila sampai kelas semua pelik mengapa gua tiada tali leher (time tu semua tak tahu lagi) dan apabila rehat Dia datang jumpa gua.. dan gua pun cakap aaa apa yang terjadi.. wahhh dia beria2 nak jumpa guru displin tersebut tapi gua tak bagi... sebab gua pun malas nak pikir daa... (sekarang wa menyesal kenapa dia gua tak bagi dia jumpa guru disiplin itu, huhuhu)

bukan gambar gua ea hahaha

Besoknyaaa...
Gua berpakaian pelajar biasa... dah baju sekolah tu tak muat.. seluar besor lak tu (mana sempat beli kan) dan sebelum gua pakai baju tu mak gua tanya "eh mana baju pengawas lu?' (haha) gua gan selamber cakap "orang letak jawatan aa mak... tak larat nak makan rasuah..".. so mak gua ok jer (padahal dia tak tau pun kes gua..).. dan bila jer sampai sekolah bebudak semua rasa pelik.. dan gua pun bagi alasan yang sama seperti yang gua bagitau kat mak gua..

Memula gua rasa kes gua dah settle rupanya makin melarat.. satu sekolah tahu.. Ini disebabkan ada seorang cikgu displin perempuan telah mengecohkan kes gua di bilik guru.. patut aa gua rasa pelik sebab cikgu2 semua cam pandang sinis jer gan gua... bukan tu jer siap ada ayat menganjing lagi.. dan cerita itu menjadi cerita yang panas kat sekolah gua..
macam2 versi gua dengar dari bebudak ni.. ada kata gua kene tangkap basah aaa, kantoi jumpa dalam sekolah aa.. tengah berpelukan lah... Puihhhh! ... padahal gua tak buat semua tu...

ececeh hahaha jiwang tak?

Gua mampu tadah telinga jer.. gua buat bodo... tapi gua syukur gak sebab kes ini menyebabkan gua jadi famos kat sekolah gua.. hahahahaha....
Pas kejadian gua mana2 cople semua sorok2 jumpa... dan cerita kene pecat jadi pengawasa disebabkan kantoi dating dicerita sehingga gua tamat Ting 5..
Lama tak cerita gua..
Dan sampai sekarang kalu gua gi sekolah lama gua kalau gua jumpa guru2 yang gajar gua, gua kompom cerita gua masih lagi diorang ingat...

Dan disebabkan kekantoian ini hubungan gua gan Dia mulai rengang.. huhuhuhuhuhu.. Mybe dia malu kot sebab cerita ni.. so tak lama kemudia dia pun break gan gua... Serios gua sedih gak.. tapi nak wat camana takda jodoh kan... hahhaha..

So bila dia tamat Ting 5.. (time tu gua Ting 4) gua lansung tak dengar cerita pasal dia...
But bila gua kat U tahun dua, gua dengar cerita dia dah kawin & now dah anak dua...
So gua doakan moga dia bahagia dengan suami dia sekarang..

Apa jadi gan lu brooo...?

Hahahah soalan lu memang kena gan tempatnyaaa.. lepas Ting 5, keputusan SPM gua tak gempak sangat... so gua tak leh gi matrik... tapi gua telah di offer untuk meneruskan pengajian di Ting 6.. di sekolah yang sama.. 
Gua sambung jer belajar.. dan cerita gua dah tak dengar lagi sebab ramai2 cikgu2 itu dah takda... Abis Ting 6 STPM gua boleh tahan gempak dan gua meneruskan pengajian di Universiti yang gua memang nak sangat masuk.. Gua Masuk Universiti Malaya..
Dan di UM ada gak cerita cintan gua..
Tapi gua tanak cerita sekarang.. hahahaha

itu jer... Tata

"Gua tak tahu nak kabo apa dah... :)"






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...